Thursday 19 September 2013

KEGIATAN EKONOMI DAN LOKASI

Kegiatan Ekonomi dan 
Lokasi

A.Perindustrian       

Di negara kita terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perhutanan dan perlombongan .

Kegiatan ekonomi tersebut menghasilkan barangan keperluan untuk kegunaan kita.Mari kita kaji.

Perindustrian terbahagi kepada empat perindustrian iaitu industri pemprosesan, industri berat, industri ringan dan industri desa.
Manakala pula, pertanian terbahagi kepada tiga pertanian iaitu penanam, pertenakan dan perikanan.

Industri Pemprosesan    

Industri pemprosesan melibatkan kegiatan memproses bahan mentah bagi menghasilkan barangan untuk pengguna.Bahan mentah utama yang diproses ialah petroleum, gas asli, buah kelapa sawit, kayu balak dan getah.Mari kita lihat contoh industri memproses petroleum dan buah kelapa sawit.

Ianya seperti:





Industri Berat    

Industri berat seperti industri membuat kereta di Tanjong Malim, Perak, industri membuat besi dan keluli di Terengganu, industri membuat badan moneral di Rawang, Selangor, industri membuat kapal di Sibu, Sarawak.

Ianya seperti:




Industri Ringan   

Industri ringan seperti industri membuat air minuman, industri mengetin ikan sardin, industri membuat roti, industri membuat pakaian.

Ianya seperti:






Industri Desa    

Industri desa seperti industri menenun kain songket, industri membuat keropok lekor, industri mengukir kayu, industri membuat kerepek pisang.

Ianya seperti:




Kawasan Perindustrian    

Di negara kita terdapat banyak kawasan perindustrian.Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik, telekomunikasi dan air.Mari kita teliti kawasan perindustrian dan jenis industri dalam Peta 2.1.


                             Peta 2.1 Kawasan perindustrian di Malaysia.

           Industri membuat labu sayong di Kuala Kangsar, Perak.

Industri Desa


Contoh:Membuat labu sayong di Kuala Kangsar, Perak; kraf tangan di Melaka; makanan ringan di Kuala Selangor, Selangor; dan menenun kain songket di Kuala Terengganu, Terengganu.



                      Industri membuat kereta di Tanjong Malim, Perak.

Industri Berat

Contoh:Membuat serta memasang kereta di Tanjong Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor, dan membuat kapal di Sibu.



                Industri membuat minyak masak di Likas, Sabah.

Industri Ringan

Contoh:Membuat  pelbagai barangan pengguna di Perai, Pulau Pinang dan Likas, Sabah.


       Industri memproses petroleum dan gas di Bintulu, Sarawak.

Industri Pemprosesan

Contoh:Memproses petroleum dan gas di Pasir Gudang, Johor; Bintulu dan Miri di Sarawak.


Pertanian    

Kita bertuah kerana iklim dan tanih negara kita sesuai untuk kegiatan pertanian.Kegiatan pertanian terdiri daripada kegiatan penanaman, penternakan dan perikanan. 

Penanaman    

Hasil kegiatan penanaman ialah buah kelapa sawit, padi, getah dan sayur-sayuran.Contohnya kegiatan menanam padi terdapat di Dataran Kedah, Delta Kelantan dan Tanjong Karang.Kelapa sawit banyak terdapat di Jengka, Labis, Trolak dan Sibu.Getah pula banyak ditanam terutamanya di Pontian, Johor.Sayur-sayuran hawa sederhana ditanam di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang, Sabah.Mari kita teliti peta di bawah.

                              Peta 2.2 Kawasan  penanaman di Malaysia.

Penternakan    

Ayam dan lembu banyak diternak di negara kita.Contohnya, kawasan penternakan ayam terdapat di Manjung, Perak, mankala kawasan penternakan lembu tenusu terdapat di Kluang, Johor.


                              Peta 2.3 Kawasan penternakan di Malaysia.


                                       Ternakan lembu di
                                           Kluang, Johor.
                                         
                                        Ternakan ayam di
                                          Manjung, Perak.
                                                                                                                           

Perikanan    

Kegiatan menangkap ikan di negara kita dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut.Selain itu, terdapat kegiatan akuakultur. Pusat pendaratan ikan yang utama ialah Kuantan, Kuala Perlis, Chendering, Besut dan Tok bali.Kegiatan utama akuakultur pula terdapat di Bukit Merah, Perak dan Kukup, Johor.


                                 Peta 2.4 Kawasan perikanan di Malaysia.

                       

                             Kegiatan akuakultur di Bukit Merah, Perak.

Faktor yang Mempengaruhi   
Kegiatan Pertanian                

Kita bertuah kerana muka bumi, iklim, dan tanih negara kita sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian.

Penanaman



  • Lembaga Getah Malaysia merupakan agensi yang membantu penoreh getah mempelajari teknik menoreh getah yang berkesan.
  • G-Flex merupakan alat yang menggunakan gas etilina untuk merangsang pengeluaran susu getah.                                     
   

Pertenakan

Low Siong Tey tinggal di Manjung, Perak.Bapanya ialah seorang penternak ayam daripada Jabatan Haiwan.Beliau menggunakan baka ayam yang terbaik.Di samping itu, ternakan ayamnya selalu disuntik ubat bagi mencegah penyakit.Oleh itu, ternakan ayamnya sihat dan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.Telur-telur tersebut dipasarkan dalam negeri dan dieksport.




Perikanan

Amirul tinggal di Chendering, Terengganu.Bapanya bekerja sebagai nelayan.Agensi kerajaan, iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), telah membantu bapanya memasarkan hasil tangkapan ikan.Agensi ini juga membantu memberikan pinjaman membeli pukat dan bot berinjin.Pada musim tengkujuh, bapa Amirul tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora dan berbahaya.Bapanya membaiki pukat dan bot.

C.Perhutanan    

Negara kita kaya dengan kawasan Hutan Hujan Tropika.Kawasan hutan ini mempunyai pokok-pokok balak yang bermutu tinggi seperti cengal, merbau, nyatuh, keruing, seraya dan meranti.Mari kita teliti peta di bawah.


                            Peta 2.5 Kawasan pembalakan.
                             
  
D.Perlombongan    

Kita bertuah kerana negara kita dianugerahi sumber mineral yang banyak.Petroleum dan gas asli dilombong di dasar laut.Emas, arang batu dan timah pula dilombong di daratan.Lihat peta 2.6.


                         Peta 2.6 Kawasan perlombongan dan 
                         pusat pemprosesan di Malaysia.
                       



               Bijih timah dilombong di Lembah Kinta, Perak.
                  


                             Cari gali petroleum di Sarawak.


                       Pusat pemprosesan petroleum dan gas asli 
                       di Bintulu, Sarawak.


                                Pelantar menggali petroleum 
                                di perairan Sabah.

(KOMEN APA YANG PATUT )





2 comments: